Biodata Perdana Menteri Malaysia ke – 8

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Perdana Menteri kelapan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA

Selepas tercetusnya ‘misteri’ persoalan siapa dan pemimpin mana yang akan menerajui jawatan utama dalam pucuk kepimpinan politik, semalam (1 Mac) berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan & Mengangkat Sumpah Jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat angkat sumpah tersebut telah berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 10.33 pagi. Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ucapan tahniah untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semoga dapat menggalas jawatan utama ini dengan amanah dan bertanggungjawab untuk negara dan rakyat.

Jom kita kenal siapa PM ke 8 : –

Nama : Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin

Isteri : Puan Sri Norainee binti Abdul Rahman

Anak : 4 orang

Tarikh lahir : 15 Mei 1947

Tempat lahir : Muar, Johor

Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

JAWATAN DALAM KERAJAAN

  • 1986 – 1995 : Menteri Besar Johor
  • 1995 – 1999 : Menteri Belia & Sukan
  • 1999 – 2004 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
  • 2004 – 2008 : Menteri Pertanian & Industri Asas Tani
  • 2008 – 2009 : Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
  • 2009 – 2015 : – Timbalan Perdana Menteri
    – Menteri Pendidikan
  • 23 Julai 2015 : Digugurkan daripada barisan kabinet
  • 12 Mei 2018 –
    24 Februari 2020 : Menteri Dalam Negeri

POLITIK

BERSATU

  • 8 Sept 2016 : Presiden Penaja
  • 14 Jan 2017 : Presiden

UMNO

  • 1971 : Ahli UMNO Pagoh
  • 1976 : – Ketua Pemuda Pagoh
    – Setiausaha Pemuda Pagoh
  • 1977 – 1980 : Timbalan Pengerusi Pemuda Johor
  • 1980 – 1986 : Pengerusi Pemuda Johor
  • 1986 – 2016 : Ketua Bahagian Pagoh
  • 1987 – 1993 : Ahli Majlis Tertinggi
  • 1987 – 1996 : Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Johor
  • 1993 – 1996 : Naib Presiden
  • 2000 – 2007 : Naib Presiden
  • 2000 – 2003 : Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Johor
  • 2008 – 2016 : Timbalan Presiden UMNO
  • 26 Feb 2016 : Digantung sebagai Timbalan Presiden hingga pilihan raya parti
  • 24 Jun 2016 : Dipecat

WAKIL RAKYAT

  • 1976 – 1986 : Ahli Parlimen Pagoh
  • 1986 – 1995 : ADUN Bukit Serampang
  • 1995 – 2018 : Ahli Parlimen Pagoh
  • 2018 – kini : Ahli Parlimen Pagoh (atas tiket Bersatu)

sumber : bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares