#5 Makanan Tradisi Orang Johor

Johor Darul Takzim (JDT) sangat terkenal dengan tempat pelancongan yang menarik, malah bukan itu saja, makanan Johor turut menjadi tumpuan rakyat dalam dan luar negeri.

Walaupun sekarang ni macam-macam variasi makanan, tapi masakan tradisional Johor tetap digilai ramai.

Jom check it out #5 Makanan Tradisi Orang Johor

#1 ASAM PEDAS JOHOR

Asam pedas sangat terkenal di setiap daerah Johor. Sape yang tak pernah rasa kesedapan asam pedas.

Istimewanya asam pedas Johor adalah terletak pada tumisan cili kisar bersama air asam jawa. Dicampuri pulak dengan bunga kantan, daun kesum dan dauh limau yang banyak betul-betul memberikan rasa yang sangat sedap dan bau yang sangat wangi pada masakan.

Asam pedas bukan saja boleh dimakan dengan nasi, tapi boleh menambah selera dengan lempeng biasa. Sangat mengiurkan.

#2 NASI AMBENG

Nasi ambang merupakan makanan tradisi popular orang Jawa di Johor. Ia masih popular dan selalunya kita akan nampak nasi ambeng di kenduri kendarat seperti kenduri tahlil dan kenduri kesyukuran.

Hidangan ini akan dihidangkan di atas dulang / talam dengan beralaskan daun pisang. Nasi putih akan diletakkan di atas talam tersebut bersama lauk pauk lain. Biasanya lauk pauk terdiri dari ayam masak kicap/sambal, serunding, ikan masin bulu ayam, mee goreng dan sayur goreng campur.

Hidangan ini dipercaya boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga dan juga masyarakat.

#3 LAKSA JOHOR

sumber : facebook

Min boleh cakap laksa Johor lah laksa yang paling sedap di Malaysia! Bezanya laksa Johor adalah penggunaan spagetti bersama kuah ikan yang bersantan pekat serta ulam-ulaman seperti hirisan timun, daun selasih, daun kesum, bawang besar. limau kasturi, taugeh dan juga sambal belacan betul-betul menaikkan selera foodhunter.

Keenakan kuah laksa ini terletak pada penggunaan ikan sebagai kuah laksa. Kebiasaannya ikan parang digunakan bagi menghasilkan kuah laksa ini kerana ianya lebih sedap dan manis rasanya. Namun, ikan parang ini boleh juga digantikan dengan ikan kembung mahupun sardin.

Kalau dulu laksa Johor di makan pada hari raya dan majlis keramaian tapi sekarang, orang kita buat juadah untuk makan hari biasa. Nampak macam susah nak buat laksa Johor tapi sekali dah buat, terus berkali nak masak! Mudah seperti 1,2,3

#4 LONTONG

sumber : .butterkicap

Istimewanya kat Johor, lontong ada 2 jenis iaitu lontong berkuah dan lontong darat. Kedua-duanya merupakan makanan tradisional orang Johor dan menu wajib untuk perayaan hari raya.

Kalau berkunjung ke Johor, pastinya menu ini boleh didapati di warung-warung mahupun restoran. Kebiasaannya pula, lontong dibuat sarapan pagi kalau di warung.

sumber : johorkaki

#5 BURASAK

sumber : facebook

Burasak ini biasanya dibuat menjelang Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha serta majlis – majlis rasmi serta keramaian. Ia sangat enak dimakan semasa panas bersama pelbagai jenis hidangan berkuah ataupun kering. Ia enak dimakan bersama asam pedas ikan parang, serunding daging mahupun ayam, daging masak kicap serta ayam masak merah.

Penyediaan burasak ini tidak begitu sukar, namun perlu dimasak dalam tempoh yang agak lama iaitu kira – kira 8 jam. Penggunaan beras bagi menyediakan burasak ini.

Ia akan digaul bersama santan terlebih dahulu sebelum membungkusnya dan membentuk segi empat tepat. Ia kemudiannya diikan dengan tali sebelum dimasak.

Banyak jek lagi makanan tradisi orang Johor yang korang boleh teroka. Nanti Min sambung #5 masakan tradisi Johor yang lain pulak ye.

Korang yang nak rasa masakan asli Johor boleh pakat-pakat datang ke negeri Johor. Pasti tak mengecewakan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares