#5 Tempat Bercuti Best Muar

Bandar Muar telah menunjukkan pelbagai perubahan sejak diisytihar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada November 2012.

Hingga sekarang Muar masih mengekalkan keunikan tempatnya dan sejarah bandar Maharani.

Kalau korang ada plan nak bercuti ke Muar, Min kongsi #5 tempat menarik untuk dilawati seisi keluarga 🙂

#1 DON HU JURASSIC PARK GARDEN

sumber : johornow

Mana-mana yang ingin merasai perkampungan dinosour , boleh la datang ke sini bersantai bersama keluarga, terutama yang ada anak-anak kecil. Pastinya mereka gembira dapat menyaksikan dinosour secara dekat.

Perjalanan yang mengambil masa 16 minit dari bandar Muar, korang boleh jadikan Jurrasic Park sebagai satu tempat pilihan untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga. Masuk pun free!

Alamat : Don Hu Jurrasic Park Muar 2700, Pintasan Muar, Kampung Sabak Aur 84000 Muar

Masa : 10:00 pagi – 6:45 petang (Tutup Rabu)

#2 PANTAI LEKA

Mana yang suka lihat matahari terbenam, boleh berjalan ke Pantai Leka yang terletak di Parit Jawa. Sebenarnya, tempat ini mempunyai pantai yang sangat cantik di Malaysia. Namun begitu ramai di kalangan pelancong tempatan yang belum pernah datang ke Pantai Leka.

Pelancong luar Johor yang ingin bermalam di Pantai Leka, jangan risau kerana tersedianya homestay di situ dengan harga yang berpatutan. Boleh research Trata Leka Homestay untuk tahu lebih lanjut.

Alamat : Pantai Leka, 84150 Parit Jawa, Johor

#3 TAMAN TANJUNG EMAS

sumber : beloumie

Jika korang mengunjungi bandar Muar, boleh ke Taman Tanjung Emas. Sebuah taman rekreasi yang terletak di muara sungai Muar, pengunjung yang dapat menikmati pemandangan laut Selat Melaka.

Pengunjung boleh melakukan aktiviti riadah bersama keluarga kerana terdapat peralatan rekreasi yang dijual di situ. Pelbagai lapisan masyarakat yang berkunjung untuk berselfie, berehat sambil menikmati panorama di Taman Tanjung Emas.

Alamat : Taman Sri Tanjung, 84000 Muar

#4 LADANG HERBA NASUHA

sumber : myfave

Ladang yang berkeluasan lebih 1500 hektar ini mengandungi 135 jenis herba berlainan yang datang dari seluruh dunia.

Ladang ini ada menjual produk tempatan seperti minuman herba teh di samping menjual produk rempah ratus yang lain kepada pengunjung. Keunikannya, korang juga boleh membuat aktiviti lain jika datang ke sini.

Tambahan pula, ladang ini ada menyediakan perkhidmatan penginapan kepada para pengunjung. Korang boleh membuat pilihan sama ada mahu berkhemah atau menempah resort yang telah disediakan.

Bagi yang ingin menjalankan aktiviti seminar atau kem motivasi, di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan dan bilik seminar di samping pakej aktiviti untuk melawat kawasan sekitar ladang dan aktiviti meredah hutan.

Alamat : Batu 12, Jalan Muar Pagoh, 84500 Muar

#5 GALERI DARURAT BUKIT KEPONG

sumber : drsinga

Kita lari dari percutian pantai sekejap. Tak salah kan kalau bercuti kali ni bersama keluarga ke Galeri Darurat Bukit Kepong. Lokasi ini salah satu tarikan para pelancong bila datang ke daerah Muar.

Galeri Darurat Bukit Kepong dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor pada 23 Februari 2017. Ia mempamerkan sejarah dan informasi semasa darurat dan berkaitan polis serta menghargai jasa 25 anggota polis, keluarga dan orang awam yang terkorban mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

Kalau korang pernah tonton filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsudin, pasti korang tahu penceritaan sebenar Bukit Kepong. Sedikit sebanyak galeri ini boleh mengimbau kembali kisah Bukit Kepong.

Alamat : Jln Muar-Labis, Bukit Kepong, 84600, Johor

Waktu : 10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin tutup)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares