#5 Pulau Terbaik Di Mersing

Bila sebut Mersing, mesti perkara pertama terlintas adalah pantainya yang cantik. Tahu tak, walaupun nampak Mersing macam kecil tapi penuh dikelilingi dengan pulau-pulau yang sangat indah pantainya dan panorama yang sungguh menyenangkan. Sangat sesuai untuk bercuti tanpa gadjet.

Cuti sekolah dah nak dekat, so Min kongsi dengan korang #5 Pulau terbaik di Mersing untuk korang terokai sendiri. Let’s go geng!

#1 PULAU RAWA

sumber : johornow

Pulau Rawa merupakan salah satu gugusan pulau di Laut China Selatan di persisiran laut Johor. Pulau yang dimiliki oleh Sultan Johor itu bersize kecil yang terletak jauh 16km dari Bandar Mersing.

Sesiapa yang pergi bercuti di Pulau Rawa pasti sangat teruja dan seronok dengan keindahan pantai di sana. Pantai yang berpasir putih lagi bersih, dan dasar laut yang pastinya mempersonakan pandangan pelancong.

sumber : tripadvisor

Untuk korang yang sukakan snokerling, korang dibenarkan untuk menyelam dalam dasar laut untuk melihat hidupan marin dan batu karang. Keindahan Pulau Rawa turut ditambah dengan kehijauan kawasan daratnya yang tebal dilitupi hutan.

Cara lain untuk menikmati keindahannya adalah dengan bertrekking di timur pulau ini. Kenapa di bahagian timur? Kerana di sini disediakan 270 anak tangga untuk memudahkan anda menuju ke puncak pulau ini. Fuh, penat nak naik tangga! Tapi jangan risau, kepenatan yang korang rasa waktu nak mendaki akan hilang sebaik saja korang dapat melihat pemandangan yang terbentang terutama sekali sewaktu matahari terbenam.

#2 PULAU DAYANG

sumber : sgmytaxi

Untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dalam aktiviti menyelam dan skuba, Pulau Dayang sesuai untuk korang lawati. Sangatlah rugi kalau korang memilih pulau sebagai tempat percutian tapi tak reti berenang. Jadi, janganlah risau sebab dekat Pulau Dayang memang disediakan kursus menyelam oleh pelatih berpengalaman.

sumber : jomdiving

Terletak kira-kira 2 jam dari bandar Mersing, Pulau Dayang sangat berbaloi untuk korang berlibur secara relax tanpa gangguan daripada sesiapa. Di sini juga menyediakan resort dan chalet dengan harga yang berpatutan.

#3 PULAU HUJUNG

sumber : thejohor

Jika korang sukakan percutian privasi, Pulau Hujung lokasi yang boleh korang pertimbangkan. Ia merupakan sebuah pulau yang terbiar namun kerana jarang dilawati membuatkan alam semula jadi di pulau ini terpelihara dengan baik tanpa sebarang nodaan daripada sesiapa.

Kejernihan air menjadikan ia sebuah lokasi yang menarik untuk korang bersnorkeling menikmati hidupan marin yang penuh warna-warni, pasirnya juga sungguh selesa dipijak kaki.

#4 PULAU BABI

sumber : viramon

Korang jangan terkejut pulak bila dapat tahu nama pulau ini Pulau Babi. Hihiks. Bukan sebab banyak banyak binatang hidung pink kat situ tapi ada kisah lagenda nya sendiri.

Kisahnya berkenaan dengan sepasang nelayan yang bertukar menjadi ikan duyung. Pada satu hari isteri nelayan itu mengandung dan mengidam untuk makan rumpai laut. Kemudian, bila makan, isterinya bertukar menjadi ikan duyung. Kerana hal itu menyebabkan nelayan tersebut sangat kecewa dan memarahi pulau itu dengan panggilan pulau babi. Hingga sekarang, Pulau Besar dipanggil Pulau Babi oleh penduduk situ. Begitulah ceritanya, entah betul atau mitos.

Pulau yang pada satu ketika dahulunya bernama Pulau Babi Besar ini dikelilingi oleh beberapa buah pulau lain termasuk Pulau Mensirip, Pulau Sibu, Pulau Hujung, Pulau Tinggi dan juga Pulau Rawa.

Kesemua pantai ini di kelilingi pulau dengan permukaan air yang sangat jernih disebabkan kerana gugusan pulau ini menghadap ke laut lepas, di mana ombak-ombak yang datang membersihkan pantai dengan menghilangkan lumpur dari pasir.

#5 PULAU PEMANGGIL

Pulau Pemanggil sesuai dengan pelancong kaki memancing sebab pulau ini salah satu tempat memancing terbaik di Malaysia.

Sangat sesuai dengan aktiviti air seperti pulau-pulau yang lain kerana keadaan marin yang sangat mengujakan para pelancong. Dekat situ pun, terdapat bukit untuk pelancong mendaki. Mendaki ke bahagian atas untuk melihat pemandangan yang indah di pulau itu dengan pemandangan burung. Ini adalah pasti tempat percutian yang terbaik bagi mereka yang mencari ketenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares