#5 Tempat Menarik Di Pontian

Pontian salah satu daerah Johor yang terkenal dengan buah nenas dan kawasan paya bakau. Kedudukannya yang menghadap Laut Cina Selatan membuatkan Pontian memiliki kawasan yang kaya dengan keindahan alam.

Selalunya korang pergi bercuti tempat yang high class kan, tak salah kali ni, bercuti dengan tersayang di tempat-tempat yang tak memerlukan bajet yang tinggi. Pontian tempat yang sesuai! Selain melihat panorama, boleh mendapat pengetahuan sebab di sini terdapat taman negara yang sesuai didedahkan kepada anak-anak.

#1 TAMAN NEGARA PULAU KUKUP
sumber : TRAVENGLER

Taman Negara Pulau Kukup tidak jauh dari jeti Kampung Kukup, Pontian. Apa yang bestnya, taman negara ini diiktiraf pulau hutan kedua terbesar di dunia! Woahh, hebat kan? Rugi rasanya kalau korang tak bercuti ke sini.

Pelbagai aktiviti korang boleh buat kalau berkunjung ke Taman Negara Pulau Kukup ni. Antaranya :-

sumber : jejakakula
  • Memancing
  • Bagi ikan makan
  • Menaiki bot di sepanjang Sungai Ular untuk melihat pemandangan flora dan fauna
  • Berjalan di atas pelantar kayu
#2 MUZIUM NANAS
sumber : Facebook

Tak sah kalau korang melawat Pontian tapi tak pergi ke Muzium Nanas. Dalam muzium ini terdapat pelbagai pameran yang menarik bukan saja tentang nanas tetapi turut mempamerkan koleksi artifak, penerbitan dan informasi tentang buah tropika itu.

sumber : Facebook

Pelbagai variasi nenas turut ditanam di kawasan muzium ini untuk memberi peluang kepada pengunjung mengenali variasi tanaman nenas di Malaysia. Pengunjung turut berpeluang untuk mempelajari teknik menghasilkan benang daripada daun nenas yang kemudiannya digunakan untuk membuat baju. Menarik kan?

Alamat : Muzium Nanas Negeri Johor KM 52, Jalan Johor, 82000, Pontian

Waktu operasi : 9:00 pagi – 5:00 petang (setiap hari)

Harga tiket : RM2 / seorang

#3 NOAH’S ARK NATURAL ANIMAL SANCTUARY

Tempat yang Min cadangkan ni memang lain dari tempat biasa untuk melancong. Kalau datang ke Pontian, mungkin korang boleh cuba ke Noah’s Ark Natural Animal Sanctuary. Ia merupakan tempat perlindungan haiwan yang diasaskan pada tahun 1995 oleh Raymund Wee.

Apa yang bestnya dekat Noah ini, korang boleh membawa haiwan seperti kucing atau anjing untuk dijaga di samping boleh membelai haiwan-haiwan yang berada di sini. Ia menjaga, memberi makan, tempat tinggal, serta merawat kepada 700 ekor anjing, 400 kucing, 9 ekor kuda dan pelbagai spesis haiwan.

Alamat : Pekan Nenas, Pontian

#4 LATA SRI PULAI
sumber : jelajahmaya

Tempat menarik di Pontian seterusnya adalah Lata Sri Pulai. Ia merupakan sebuah resort dan dalam masa yang sama tempat mandi orang awam. Terdapat kolam renang yang luas bersama dengan gelongsor menarik. Ia merupakan tempat mandi di Pontian yang sering menjadi pilihan penduduk tempatan.

Bukan itu sahaja, korang juga dibenarkan memancing di kolam khas. Landskap tempat ini agak tenang dan menyamankan. Salah satu tempat menarik di Pontian yang berbaloi untuk di kunjungi.

Alamat : 41, Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 2, 81500 Pekan Nanas, Johor

Harga Tiket : Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

#5 TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI

Bagi yang masih belum ke Pontian, Tanjung Piai merupakan penghujung benua asia. Ia terletak di lokasi paling selatan negeri Johor dan bersempadanan dengan Singapura. Sebuah mercu tanda telah di bina pada pelantar kawasan ini.

Tanjung Piai juga adalah sebahagian daripada Taman Negara dan tapak RAMSAR iaitu hutan bakau dan tanah berlumpur yang penting untuk ekosistem. Ia merupakan salah sebuah tempat menarik di Johor yang wajib dilawati.

Alamat : Taman Negara Johor Tanjung Piai Mukim, 82030 Kukup, Johor

Waktu operasi : 8:00 am – 5:00 petang (setiap hari)

Harga tiket : RM5/seorang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares