#5 Tempat Menarik di Segamat

Segamat sebuah daerah Johor yang berkembang pesat dengan sektor pertaniannya seperti getah dan kelapa sawit. Kalau musim durian, Segamatlah tempatnya untuk makan seberapa banyak jenis durian. Memang syok habis!

Kalau korang jenis kaki melancong, boleh datang ke Segamat untuk melihat keistimewannya tersendiri. terdapat tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati. Antaranya :

#1 DATARAN SEGAMAT

Dataran Segamat pada asalnya diberi nama Padang Besar Segamat. Sejak tahun 1996, sejak ditubuhkan dataran itu dijadikan tempat berlangsungnya sambutan kemerdekaan daerah. Ia menjadi tanda mercu buat Segamat.

Kebiasaannya Dataran Segamat menjadi tumpuan ramai pada waktu petang untuk melepak, bersantai sambil ambil angin petang. Pada waktu malam, Dataran Segamat juga meriah dengan lampu-lampu yang cantik.

Pelbagai aktiviti menarik juga telah tersedia di situ. Antaranya, aktiviti berzumba, bermain kasut roda, gergasi belon buih dan banyak lagi. Terdapat juga bazar karat yang memenuhi ruang dataran pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Ahad.

Alang-alang dah sampai Dataran Segamat, korang boleh bergambar di Menara Jam dan Replika Durian yang tidak jauh dari dataran. Musim cuti sekolah ni mesti tak nak lepaskan peluang untuk bergambar dijadikan potret kenangan kan?

Alamat : Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor

#2 TAMAN BUNGA BATU HAMPAR

Taman Bunga Batu Hampar merupakan satu-satunya taman rekreasi yang terdapat di bandar Segamat. Taman Bunga Batu Hampar menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat , Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor yang menjadi tempat menginap setiap kali ada kerabat yang mencemar duli singgah di Segamat.

Kalau korang sampai ke Segamat, jangan lupa untuk singgah di Taman Bunga Batu Hampar yang merupakan kawasan riadah yang menjadi tumpuan ramai pada awal pagi dan petang, terutamanya pada hujung minggu dan cuti.

Alamat : Jalan Batu Kasap, 85000 Segamat, Johor, Malaysia

#3 PUSAT REKREASI KOLAM AIR PANAS LABIS

Kebiasaannya bawa keluarga mandi laut kan? Why not cuti kali ni lepas berjalan sana sini tempat menarik, bawa diorang beriadah sambil menenangkan fikiran dengan merendamkan badan kat Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis.

Tempatnya jauh jugak dari bandar Segamat, kira-kira 42 kilometer tapi kalau dari pekan Labis, hanya 10 kilometer sahaja. Specialnya kat situ, ada 4 kolam air panas yang korang sendiri boleh pilih nak mandi kat mana. yang ada bawa anak kecil, tak perlu risau pun sebab paras air kat semua kolam air panas semula jadi situ cetek jek. Sesuai lah untuk mandi sekeluarga.

Alamat : Air Panas, 85300 Labis, Johor

#4 JAMBATAN PUTUS BULOH KASAP

Kalau pengunjung datang ke Segamat dan melintasi Jambatan Putus pasti tidak menjangkakan jambatan itu tinggalkan seribu sejarah buat penduduk Segamat.

Jambatan Putus yang terletak di Kampung Buloh Kasap sebenarnya telah dibina oleh tentera Inggeris ketika penjajahan berlaku di Tanah Melayu (Malaysia kini) sebagai salah satu projek dalam pembinaan Persekutuan Route 1. Namun, setelah siap dibina, semasa perang dunia kedua, tentera Inggeris telah musnahkan separuh dari jambatan tersebut sebagai taktik untuk tentera Jepun gagal ke Singapura.

Setelah dimusnahkan, barulah jambatan itu diberi nama. Pada tahun 1960-an, barulah diganti dengan jambatan baru. Uniknya, ia tidak dibina di atas tapak jambatan asal, sebaliknya dibina beberapa ratus meter dari jambatan, jadi jambatan lama yang terputus dua itu masih ada hingga ke hari ini.

Alamat : Jalan Buloh Kasap, Kampung Kuning Patah, 85000 Buloh Kasap, Johor

#5 MAKAM BENDAHARA TEPOK

Makam Bendahara Tepok yang terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat merupakan kawasan perkuburan yang menempatkan makan bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Makam ini  terletak bertentangan dengan Masjid Makam Lubuk Batu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares