SUKMA Johor [Bahagian 1]

sumber : sukmajohor

Bangganya jadi orang Johor. Dahlah, dapat MB baru, stadium bola baru bahkan Perdana Menteri kelapan pun asal dari Johor! Paling menarik dan tak sabar buat rakyat Johor adalah… SUKMA edisi XX Johor menjadi tuan rumah kali kedua.

Mesti anak jati negeri yang sinonim dengan Dengkis dan Tepok tak sabar untuk turun padang dan menyaksikan serta beri sokongan kepada kontinjen-kontinjen Johor.

Tapi tahu tak korang, sejarah SUKMA dan negeri Johor pernah menjadi tuan rumah sebelum ni?

TAHU KE SIAPA PELAKSANAAN SUKMA?

Sebenarnya SUKMA atau nama penuhnya Sukan Malaysia merupakan kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di samping pelaksanaan dua tahun sekali di Malaysia.

Untuk korang yang tak tahu siapa yang cetuskan SUKMA pada awalnya, pada tahun 1983 Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang memberi konsep acara sukan Malaysia. Ketika itu, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan.

Pada mulanya, temasya pertama dicadangkan untuk diadakan dari 15 Ogos hingga 2 September 1985 dan hanya terdiri daripada 6 sukan seperti tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar. Namun, sebuah cadangan baru untuk melibatkan lebih banyak bilangan sukan telah dihantar oleh orang awam kepada dan diterima oleh Majlis Sukan Negara Malaysia yang membuat keputusan untuk menganjurkan temasya sukan setiap dua tahun mulai tahun 1986 dan berselang seli dengan sukan ASEAN.

JOHOR PERNAH MENJADI TUAN RUMAH 1992

sumber : tes.com

Penglibatan kontinjen-kontinjen dari 14 buah negeri dalam SUKMA telah merancakkan lagi perjalanan sukan di Malaysia. Berikutan dengan itu, Wilayah Persekutuan yang bergabung antara Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Brunei turut bertanding dalam satu bumbung.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada sukma edisi pertama dan kedua (1986 & 1988), diikuti Sarawak (1990). Pada SUKMA edisi keempat, baru Johor menjadi tuan rumah pada tahun 1992.

Kalau korang ingat lah kali terakhir Johor jadi tuan rumah SUKMA pada 1992, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor. Dan kini, SUKMA edisi 2020 yang bakal tiba, sekali lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Mesti secara personal beliau akan rasa sentimental value lebih. Betul tak?

Ape pun kita sebagai rakyat darul takzim mengharapkan kontinjen Johor mampu buat sehabis baik demi mengharumkan negeri Johor dan seluruh bangsa Johor.

Hidup Johor!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares