SUKMA JOHOR [Bahagian 2]

Episod lepas Min kongsi tentang sejarah titik bermulanya sukan Malaysia sekali dengan Johor pernah jadi tuan rumah edisi 1992. Kali ini, Min nak share pasal SUKMA XX Johor 2020. Mesti korang tak sabar nak tunggu majlis perasmian kan? Ade lagi tak persembahan dari Dengkis dan Tepok macam perasmian stadium Ibrahim bulan lepas? Wait and see guys.

LOGO RASMI

Logo SUKMA XX Johor kali ini memfokuskan elemen huruf jawi ‘Jim’ yang mewakili identiti kebanggaan Bangsa Johor yang masih memartabatkan penggunaan penulisan Jawi dalam seharian.

Penulisan Jawi yang digabungkan rupa bentuknya bersama ikon kesukanan antarabangsa ‘obor’. Semarak api obor bersama pemegangnya yang direka padan dari huruf ‘JIM’ ini menggambarkan semangat juang dan berkeyakinan Kerajaan Negeri Johor sepertimana rakyatnya yang terserlah menerusi semangat juang Bangsa Johor.

Titik lima dan daun menunjukkan sebagai simbol bunga gambir dan lada hitam yang menjadi lambang khazanah alam semula jadi negeri Johor zaman berzaman. Ianya merupakan antara komuniti dagangan penting Johor suatu ketika dahulu. Butiran lada hitam pula melambangkan kehangatan, semangat membara dan daya saing yang perlu ada dalam diri ahli sukan.

Dari segi penggunaan warna, motif relektif XX yang dipaparkan secara moden dengan warna kontras merah biru menggambarkan daya saing dalam persaudaraan serta simbolik kegemilangan Tanah Melayu ini. Ia kombinasi dinamik kerajaan Johor yang diwakili warna biru serta rakyatnya yang bersemangat waja diwakili nama merah. Kombinasi dua warna ini menzahirkan kesempurnaan wawasan yang berpandangan jauh (wawasan 2020) dan fokus pdada masa hadapan.

JIMI – MASKOT JOHOR EDISI XX

Seperti negeri-negeri lain kalau jadi tuan rumah pasti ada maskot tersendiri sebagai simbol kepada kenegerian. Negeri selatan ini juga tak terkecuali untuk mempunyai maskodnya. Kita gunakan maskot pak belang dengan nama Jimi sebagai ikon negeri Johor yang mempunyai Dengkis dan Tepok. Ia membawa perwatakan yang garang dan berani.

Di kedua belah tapak tangan JIMI terukir simbol gambir dan lada hitam iaitu identiti kesultanan Negeri Johor dan Negeri Johor amnya. Warna corak harimau yang dimodenkan menjadikan JIMI kelihatan lebih hispter dan trendy. Pakaian yang dicipta berpandukan potongan fesyen track suit terkini.

Warna gabungan Bendera Johor dan monogram XX dimasukkan di dalam kemasan pakaian JIMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares