Covid-19 Diiktitaf Sebagai Pandermik – WHO

Wabak koronavirus (Covid-19) semalam dilabel sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

sumber : berita harian

Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah kes jangkitan Covid-19 telah meningkat 13 kali ganda sejak lebih dua minggu lalu.

Menurutnya, beliau sangat bimbang dengan tahap ketidakpastian virus tersebut.

Difahamkan, pandemik merupakan penyakit yang merebak ke beberapa negara secara serentak di seluruh dunia.

“Keputusan melabel wabak itu sebagai pandemik tidak bermakna WHO mengubah nasihat kami tentang langkah pembendungan yang perlu diambil setiap negara,” ujarnya.

Beliau turut menggesa negara antarabangsa menukar langkah dengan mengambil tindakan segera dan agresif.

“Sesetengah negara telah membuktikan wabak itu boleh dibendung dan dikawal. Ini ialah cabaran yang perlu dihadapi oleh negara yang berdepan kluster lebih besar atau penyebaran tempatan. Ia perlu dilakukan secara seimbang antara melindungi kesihatan, meminumkan gangguan dan menghormati kehidupan orang lain.

“Kita akan menghadapi secara bersama dengan tenang dan melindungi penduduk seluruh dunia. Ia pasti boleh dilaksanakan,” tambahnya. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares