SUKMA Johor [Bahagian 3]

Untuk bahagian 1 & bahagian 2, Min dah share tentang sejarah SUKMA dan penglibatan Johor dalam acara sukan Malaysia. Untuk bahagian 3 Min ceritakan sambungan tentang istimewanya SUKMA JOHOR XX 2020 pulak ye.

SLOGAN ‘SEMARAK JUARA’

SUKMA adalah penganjuran sukan yang tertinggi di Malaysia. Oleh itu, pastinya setiap atlet akan buat bersungguh-sungguh bila beraksi untuk melayakkan diri ke arena sukan antarabangsa.

Menjadi juara untuk setiap acara sukan pastinya menjadi rebutan para atlet yang bertanding. Dengan title ‘juara’ lah mereka boleh menonjolkan sifat kesukanan dalam jiwa mereka.

Oleh hal yang demikian, SUKMA XX 2020 melaungkan slogan ‘Semangat Juara’ sepanjang sukan Malaysia di Johor. Semarak Juara dipilih kerana mesej yang dibawa adalah untuk menyemarakkan lagi sukan dan berdaya saing di dalam apa jua acara sukan yang disertai.

31 JENIS SUKAN, 39 VANUE & 3 DAERAH

Edisi SUKMA Johor kali ini, bakal berlangsung semestinya di ibu negeri Johor sendiri; JOHOR BAHRU dan dua buah daerah lagi – KOTA TINGGI dan MUAR. Dengan 39 lokasi dan 31 jenis sukan yang dipertandingkan bakal menjadi tarikan pengunjung untuk datang bagi menyokong pasukan pilihan mereka.

Lagipun, sempena SUKMA Johor XX 2020, kerajaan Johor mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Tahun Melawat Johor 2020. Disebabkan itu, disamping menyaksikan para atlet bersukan, secara langsung juga pelancong dari luar Johor mampu untuk melancong di setiap daerah Johor. Sekaligus menaikan ekonomi kerajaan Johor.

Namun begitu, jangan kita pula terlupa tentang wabak covid-19 yang semakin hari semakin mengganas pewabakannya di Malaysia. Walaupun tarikh SUKMA terus dikekalkan pada 11 hingga 19 Julai 2020 tapi sebagai rakyat Johor, jangan pula lupa untuk mengawasi kesihatan kita. Pastikan mask sentiasa pakai di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai dan menggunakan hand sanitizer jika perlu.

Bersukan sukan juga tapi kesihatan kita jangan dipinggirkan 🙂

Nantikan SUKMA Johor Edisi XX 2020. Laungkan JUARA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares